Tuesday, 13 December 2016

JOM KITAR SEMULA

Hai kawan - kawan, hari ini saya ada cerita ingin dikongsi bersama anda semua. Pagi tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari kelas saya terlihat 3 orang remaja lelaki sedang berjalan sambil masing - masing memegang ais krim di tangan mereka. Tiba - tiba salah seorang daripada mereka membuka plastik ais krim tersebut lalu membuangnya begitu sahaja di tepi jalan. Malah, kawan - kawannya sedikit pun tidak menegur perbuatannya itu. Mereka tidak rasa bersalah terhadap apa yang mereka lakukan. Jadi, disebabkan kejadian itu saya terfikir untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan kawan - kawan mengenai isu ini agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
   
Berdasarkan tajuk yang telah saya tulis di atas 'JOM KITAR SEMULA', saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tenatang Kitar Semula. 

Apa itu kitar semula?


Kitar semula ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai. Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh menghasilkan sebagai suatu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semulla barangan tersebut.

Tahukah anda?

Maksud disebalik logo kitar semula yang mempunyai 3 anak panah itu ialah Reduce (memproses), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula).  



Kenapa kita perlu mengamalkan kitar semula?

1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah

2) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka

3) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat pembuangan sampah secara berleluasa

4) Menjana pendapatan dengan mudah

5) Bahan yang dikitar semula boleh dijadikan bahan - bahan sumbangan kebajikan

 Contoh - contoh bahan kitar semula :

  • surat khabar, majalah lama, buku 
  • tin minuman, foil minuman, barangan logam
  • beg plastik, botol mineral, bekas makanan plastik
  • pakaian - pakaian lama
  • barangan elektrik sepeti komputer lama

Berikut adalah barangan yang telah dikitar semula :


Penghasilan sampan daripada botol plastik

Penghasilan pasu bunga daripada surat khabar

Tanaman pokok menggunakan 'boot' lama

Pihak yang bertanggungjawab telah melaksanakan perlbagai aktiviti dan kempen mengenai kitar semula tetapi masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran dan memandang enteng mengenai isu ini. 






Perkongsian Video Kitar Semula


No comments:

Post a Comment